Tetiba jadi seram sekejap unfollow org. Maaf la dik. Serabut pulak menengok tweet yg akak tak boleh nak menyampuk..kekekeke. Sementara nak tenangkan hati ni teringat plak masa pergi bersiar- siar ke Perlis. (berjalan je keje).. Kalau bukan makan. jalan. Oh btw hari tu apis cakap aku makin kurus. Ayat dia sungguh menusuk kalbu.
"kau sakit ke Ti. Makin kecik je tengok"
Nak buat cane. Dah gini jadinya. Orang kalau nampak member makin cubby, cute, tough mesti cakap "orang tengah bahagiaa".. Untuk kes aku, adakah aku tak bahagia?? Oppss!
Ok mari tengok keindahan perlis!
Bermula dengan rombongan ke majlis kawin mie..opps! Abang kpd mie(baju hitam). Pelamin majlis tu cantik angat *gedik
![]() |
| Perhiasan |
![]() |
| Perhiasan |
![]() |
| Menara *ntah sape yg amik ni.tak cantik langsung |
![]() |
| K.A.M.I *tudung i senget.bukti angin kuat |
![]() |
| Gegadis |
![]() |
| Play ground kat bawah menara. tempat budak budak >.< |
![]() |
| EH kami lagi |
Next is tasik Jitgha. Tempat Liyana Jasmay bersanding. Serius tempat ni tenang. Ramai orang. Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Berkayak. Kayuh angsa. Bagi ikan makan. Main layang layang. Joging. Naik kenderaan macam kat padang goft. Buggy ride ke mende nama dia. Ape ntah.
Nak masuk free je tapi nak main kena bayar la. Mana ade free kat dalam dunia ni. Nak yak yak pon kena bayar. Oh ade jugak kedai-kedai makan kat dalam tu. Boleh la duduk isi perut lepas letih perati orang dan ade taman permainan angin untuk kanak- kanak. Ala yang macam kat fun fair tu. Ade rumah, gelongsor, bola kecik. sila google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut.
OK. Final destination sebelum balik adalah Pekan Rabu. Gedung membeli belah. Macam-macam ada. Dari makanan, minuman, baju, seluar, tudung, songkok. JERSI pon ade!Semua ada la. Orang kata tempat ni femes dengan dia punya dodol. Siyes! Lazat jugak la dodol dia. Dan bahulu. Peringatan. Jangan sesekali bawak budak-budak. Ni bukan shopping complex yang ber-ekon. Aku yang dah dewasa ni pon rase nak mengamuk tahan panas. Tak boleh layan btol nak shopping panas2.
![]() |
| Buat gedik kat kedai buat cermin luar Pekan Rabu. Sekian. Doakan hubungan kami se-aero sentiasa bersatu walau banyak dugaan mendatang. Wassalam. |











No comments:
Post a Comment