Assalamualaikum. Salam perantauan..
Setelah hampir tiga minggu meninggalkan dunia kerja. *kerja la sangat* baru la ni berkesempatan nak hupdate pasal internship atau industrial training atau apa saja yang orang bagi nama. Mana lah tahu kalau pengalaman ni berguna untuk generasi Y yang akan datang. Tak gitu?
OK. Kita mula dengan langkah demi langkah. Buat ala-ala Q&A lah yek.
1) Macam mana anda dapat tawaran ke ASSB?
Macam ni cerita dia. Kebetulan I dropkan resume kat booth ASSB masa career fair kat USM. Senang kan? tapi sebenarnya, ASSB memang kerap amik student intern. So by any chance, korang boleh emel ke HR dia. Kalau ikut dalam website takde bagi emel tp ade bagi phone number. Phone number tu pun sebenarnya kita kena tahu direct number. So kena ada kesabaran yang tinggi nak kena tunggu.
I ada beberapa emel HR and Training department. Feel free to ask if you are interesting.. Ecewah. Anything berkaitan career actually boleh refer ke website ASSB. kalau dalam tu ade emel HR manager. Baca Bismillah before hantar resume.
meifong.yap@airfoil.com.my
2) Elaun dapat tak? Berapa?
Tipu la kalau aku tak kisah dapat elaun ke tak. ASSB bagi elaun. RM500 sebulan. Tapi kalau ikot kata orang kat sana, kalau ada cuti die potong. Wallahua'lam. Try la kalau nak tahu betol ke tak. Elaun masuk lambat. Tak sama dgn pekerja lain. Yang student intern dia masukkan 2 minggu selepas Traning Engineer, 3 minggu selepas pekerja tetap. Yang mudahnya dalam 15 haribulan hari bekerja.
Dan yang seronoknya. Walaupun 30 minit je rehat ASSB sediakan lunch free dan sedap. Ya. FREE. . Setiap hari boleh pilih menu ikut selera kita. Macam mana nak pilih? Masuk ASSB nanti tahu la camne. Jenuh la nak cerita semua.
3) Company tu buat apa?
Basically, company tu repair engine blade. Tapi jangan sangka ade berbondong bondong kapal terbang kat sana. Yang sampai kat ASSB tu hanyalah engine yang telah disassemble. Dan jangan sangka ada bertingkek tingkek engine besar. Yang ada hanyalah blade/vane yg bila dipasang menghasilkan engine yang besar. Saiz part paling kecik ada la dalam lebih kurang 3.5cm tinggi. Yang paling besar serupa kasut perempuan saiz 6.
Disebabkan ASSB adalah company swasta dan company berasakan aerospace dan joint venture dengan beberapa company oversea, gaji memang agak lumayan. Operator yang kerja kat production tu pon gaji mahal apatah lagi staff ofis. Value betul tu tak tahu tapi ikut firasat tinggi jugak la rasenye.
4) Seronok tak?
Tahap seronok tu depends kat orang jugak la ye. Cara korang describe seronok tu camne? Bagi I, seronok kerja sana walaupun kerja dia tak seronok. Haa. Camne tu. Orang kat sana serius baik belaka. Yang kurang menyenangkan hati tu ada tapi disebabkan yang menyenangkan hati lagi ramai, yang tak menyenangkan hati tu tenggelam. Bos pon baik, generous, tak sombong. Tapi jangan buat hal lah.
5) Pantang larang.
Company ni sangat sensitif pasal datang lambat. Walaupun seminit attendant korang akan dihighlight. Jadi, awas. Pastikan anda tak lewat. Untuk student, attendant tu akan dibagi pada kita untuk sain then pulangkan ke HR. Kalau ada highlight kat sheet tu memang kena ceramah. Pastikan anda ke HR dengan seribu alasan yang kukuh. One more thing. Gadgets(phones, mp3s,tabs etc) are not allowed. Kat ofis pon tak boleh. Tapi nak hidup kena la pandai. Engineering secton takde hal. Tapi pabila anda nampak kelibat orang atasan, pastikan gadgets tu semua tak nampak dari pandangan. Lesap. Hilang. Pufff.
Rasanya tu jelah kot. Rindu sebenarnya nak spending time dengan dorang. Gembira sentiasa. Ohh. Ada lagi satu. Kalau anytime tersesat sampai Kota Damansara tu, wajib singgah Padang Kota Corner. Ada Nasi Goreng Kambing yang superb! Serius tak tipu. Ane PKC patut bagi komisyen sebab tolong promote ni.hihihi
Wassalam.
bape gaji operator machine kat airfoil services eh? dlm anggaran bape? kalo engineer kat sana bape plk agak2? :p
ReplyDeleteBlh dpt kan contact number utk apply intern sana?
ReplyDeleteBlh dpt kan contact number utk apply intern sana?
ReplyDeleteSaye ade dapat interview haritu..lepastu dia ckp akan call kalau dapat.. tapi lama sngt tunggu...btw selalunye assb ambik berapa orang intern?
ReplyDeleteThank You and I have a swell provide: How Much For House Renovation Uk house renovation business
ReplyDelete