Saturday, May 25, 2013

Entry Picisan

Assalamualaikum.Salam sejahtera.

Minggu ni i'm fully booked!! Yeaaahh.Suka sangat. Tak payah nak main main. Ya Allah ni la final week paling bz dalam sejarah 3 tahun kat usm. Nak tersembul keluar bijik mata menahan ngantuk. Terasa sangat artis femes. Awal-awal lagi dah fully booked. Study week mmg kena berhempas pulas habis habisan nampak gayanya. Dan bersempena dengan ke-bizi-an minggu depan. Saya telah menganugerahkan diri sendiri dengan Fast n Furious 6. Ohsem beb.. Walaupun mata ngantuk, badan letih sebab pagi tu pkul 6.30 lagi dah mula gerak kerja nak launch high altitude balloon. Arwah mmg bg kenangan manis buat kami. Pegi lab malam-malam. Lab macam jadi bilik nombor dua. Tapi dasar anak tak kenang budi. Dia pergi tak kembali. Bagai kacang lupakan kulit. Mentang-mentang kami bagi kebebasan dia terbang sampai the highest altitude 100 000ft, seronok sangat la tu sampai tak nak balik. You know what? Kos projek tu around 2K tahu.. terbang macam tu je. Bak kata Dr. ni la risiko orang angkasa. Buat projek kos tinggi, kalau gagal memang tak boleh nak buat apa. Terpaksa biarkan dia bebas menjadi space trash.. kihkihkih.

Oh. Sambung cerita F&F 6. Disebabkan cerita tu best, takde la i tersengguk sengguk mengantuk taw uolls. Nampak tak betapa seronok cerita tu. Dan minggu depan jangan ada sape kacau. I sangat bizi. Semoga kesihatan diri dalam keadaan yg superb dan takde yg ganggu mood I. Semoga yg terbaik untuk I dan my classmates. Gediksss  

actually tengah carik mood nak buat journal. Haihhh. Lemah longlai rasa. Buat member kelas yang sama sama buat preparation ballon tu. Tahniah uolls. Walaupun dia tak kemabli takpe lah. Biar dia main dengan elien kat atas sana.

Ade orang cakap kat saya. Dah dapat yg baru, yg lama dilupakan. Habis madu sepah dibuang. Tetiba ade yang menyampuk." Yan tak pernah lupakan yang lama". Gila. Nak menangis bila orang cakap macam tu.  I'm moving on now lah. Walaupun slow, at least bergerak la jugak. Kata orang, pelan-pelan kita kayuh. Yang lama pon tak lupa lagi. Inikan pulak nak carik yg baru. Normal lah teringat memori dulu. Mana ade cara nak hilangkan benda macam tu. Cara kita handle tu main peranan .ecewahhh~

ok lah. Sampai sini je entry picisan..
Semoga yg terbaik untuk kita semua. Adios
Wassalam
Tentatif next week =')
Space Exploration Project
#Malas nak upload gambar belon banyak2. Next entry lah cerita pasal belon je. =D

Monday, May 13, 2013

Kedah Darul Aman

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 
Tetiba jadi seram sekejap unfollow org. Maaf la dik. Serabut pulak menengok tweet yg akak tak boleh nak menyampuk..kekekeke. Sementara nak tenangkan hati ni teringat plak masa pergi bersiar- siar ke Perlis. (berjalan je keje).. Kalau bukan makan. jalan. Oh btw hari tu apis cakap aku makin kurus. Ayat dia sungguh menusuk kalbu. 
"kau sakit ke Ti. Makin kecik je tengok"
Nak buat cane. Dah gini jadinya. Orang kalau nampak member makin cubby, cute, tough  mesti cakap "orang tengah bahagiaa".. Untuk kes aku, adakah aku tak bahagia?? Oppss!

Ok mari tengok keindahan perlis!

Bermula dengan rombongan ke majlis kawin mie..opps! Abang kpd mie(baju hitam). Pelamin majlis tu cantik angat *gedik

Perhiasan

Perhiasan
 Seterusnya terus memecut ke Menara Aloq Setaq Kedah. Nak masuk kena bayar RM6 utk dewasa. Kalau tak berubah la harga tu. Dah sampai level atas hangin dia kuat baq hang. Boleh nampak area kedah, Langkawi. Kat dalam bangunan ni ade banyak sejarah pasal Kedah. Kira sesuai la jadikan tempat ni tempat rombongan sambil belajar.

Menara *ntah sape yg amik ni.tak cantik langsung

K.A.M.I *tudung i senget.bukti angin kuat

Gegadis

Play ground kat bawah menara. tempat budak budak  >.<

EH kami lagi

Next is tasik Jitgha. Tempat Liyana Jasmay bersanding. Serius tempat ni tenang. Ramai orang. Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Berkayak. Kayuh angsa. Bagi ikan makan. Main layang layang. Joging. Naik kenderaan macam kat padang goft. Buggy ride ke mende nama dia. Ape ntah.
Nak masuk free je tapi nak main kena bayar la. Mana ade free kat dalam dunia ni. Nak yak yak pon kena bayar. Oh ade jugak kedai-kedai makan kat dalam tu. Boleh la duduk isi perut lepas letih perati orang dan ade taman permainan angin untuk kanak- kanak. Ala yang macam kat fun fair tu. Ade rumah, gelongsor, bola kecik. sila google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut.






OK. Final destination sebelum balik adalah Pekan Rabu. Gedung membeli belah. Macam-macam ada. Dari makanan, minuman, baju, seluar, tudung, songkok. JERSI pon ade!Semua ada la. Orang kata tempat ni femes dengan dia punya dodol. Siyes! Lazat jugak la dodol dia. Dan bahulu. Peringatan. Jangan sesekali bawak budak-budak. Ni bukan shopping complex yang ber-ekon. Aku yang dah dewasa ni pon rase nak mengamuk tahan panas. Tak boleh layan btol nak shopping panas2. 

Buat gedik kat kedai buat cermin luar Pekan Rabu.

Sekian. Doakan hubungan kami se-aero sentiasa bersatu walau  banyak dugaan mendatang.
Wassalam.

Thursday, May 9, 2013

Rejab

Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Kembali lagi Rejab. Hati terasa sayu. Entah macam mana buku amalanku. Terlalu banyak dosa yang dah aku buat. Setiap kali rasa ini datang, jantung rasa sakit. Air mata bagai nak tumpah mencurah. Jahilnya aku. Mujur Allah masih sayangkan aku hamba-Nya. Ya Allah. terima kasih Ya Allah.

Macam mana perasaan kita boleh berubah-ubah.Macam tu jugak la iman kita. Sentiasalah kita cuba untuk update iman kita. Ade terbaca satu blog. Beliau kata kalau nak naikkan level iman kita, cuba dengar azan. Dengar kalimah Allah. Waktu tu kalau iman kita terasa dah level merah, kita akan rasa sakit di hati, sebak. Agungnya kalimah Allah. Dan tak dilupa baca Al-quran dan tafsirnya. Ada sesuatu yg baru disedari, Al-quran punya bau yang wangi.

Masuk dah maghrib. Rejab dah ambil alih. Semoga buku amalan kita berat dengan perkara yang baik. InsyaAllah. Diri ini dah maafkan semua kesalahan kalian. Yang tersembunyi mahupun yg jelas. Mohon maafkan segala perkara yang mengguris hati. InsyaAllah. Yang terbaik buat kita untuk buku yang baru.

Wassalam


Tuesday, May 7, 2013

Ami dan Naughty

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Tamat dah PRU 13 tapi nampaknya masih tak reda lgi kesan PRU tu. Semoga Malaysia dalam lindungan Allah. Ok. Mari kita move on dari hal PRU.

Kemalasan diri nampaknya semakin menjadi jadi. Padahal ade sbilan je lagi kelas. Projek. Test. Study. Report. Semua menunggu. Doakan la diri ni diberi kekuatan lawan godaan syaiton. Belajar malas. Buat kerja malas. Bercuti kemain lagi rajin. Ahahh. Cerita pasal bercuti, ade beberapa entry pasal percutian yg tertunda. Nanti2 lah buat. Panjang tu. Amik masa nak upload gambar.kehkeh.

Dalam salah satu percutian tu, i (ecewah ber i pulak uoll) ade berkenalan dgn seorang anak kecil. Nama dia amie. Nama betul dia tak ingat pulok. Panjang. Nak dijadikan cerita, masa jumpa adik tu, as usual, I buat ramah tanya nama dia. Dik sapa nama? Pastu dia jawab dgn penuh kesyomelan..

"Nama kita ami. Ami."

I tanya lagi, nama penuh ape? Umur? Dia jawab.

"Ish akak ni. Kan dah cakap tadi. Nama kite ami. Amie bin abdullah. Umor 3 tahun(sambil jari tunjuk 4).

 Aihhh.kompius jugak budak ni. Berdekah jugak la melayan dia. Pastu datang kucing beliau. Ami bergurau dgn kucing. Dia bercerita.

"Akak. Tadikan ami ajak naughty(nama kucing) tengok tv. Ami suruh dia tangkap tikus"

Ok. I layankan je. I tanya. Ape nama kucing sbb budak tu pelat so tak jelas ape dia cakap. I tanya tikus tu kat mana. Dia dgn petah berbicara.

"Nama dia naughty. Naughty bin Abdullah. Tikus tu dalam tv la kak, cerita katun tu. Naughty tak tangkap pon"

Nama kucing dia Naughty bin Abdullah. So cute budak ni. Terhibur I dgn dia padahal thh penat tak cukup tido. Then akak dia dtg. I tanya ape nama betul ami. Kakak dia cakap la nama penuh ami. Nama ami bukan lah ami je. Panjang. Tak teringat pulak. Pung pang pung pang I bukak cerita pasal kucing. Naughty bin Abdullah.

Maka nak dijadikan cerita, ami tu sebenarnya anak angkat dlm keluarga tu. Dia bijak. Family ni ambik dia sejak kecik lagi. Kucing tu pon kucing yg datang. Bukan dibeli. Akak dia kata kucing ni la yg jadik peneman ami bila parents dorang g kerja. Tu yg ami kata kucing tu bi  abdullah. Konon macam adik dia la.

Actually, i am so touched. Suci je hati dia. Ami mmg dilayan baik. Tapi mungkin dalam sudut hati dia, dia ade rasa sesuatu. Kenapa tiba2 cerita pasal dia? Sebab i rindu dia. Walaupun jumpa dia sekejap je, dia cepat mesra. Semoga ami jadi anak yg soleh. Dan naughty setia bersama ami. Oh. Naughty tu pon comel baq hang. Semoga keluarga ami pon sentiasa diberkati Allah.

Sekian. Wallahua'lam.