Friday, March 29, 2013

Mee Pata

Assalamualaikum

Ahaiii..Laobe kata jgn sedih sedih.bukan kenyang pon. Maka tersenyum jugak la bila dia cakap camtu..kekeke

Sekarang ni rasa nak makan ais krim tapi entry ni bukan cerita pasal ais krim.hehe. Orang kata Penang ni syurga makanan.Hurmmm. Boleh la.. Nasib baik aku ade member Penang yg baik, sudi bawak aku jenjelan cari makan.

Mee Pata. Memang femes kat Penang. Tempat yg paling femes kat fut court Padang Kota. Mee ni de 2 jenis. Goreng ngan rebus kalau tak silap. Pata tu diambik sempena nama orang. PATA HAMEED. Mungkin pencipta mee tu. Sambal sotong die sedap + pedas. Dan yang paling penting kat situ ade jual air bandung, sirap, ais kacang aka ABC & coconut shake JE.(kalau tak silap). Pastikan tak order yang bukan2, kalau tak kena gelak je macam sayeee..

Pegi la cuba. Tak mahal pon..










Tuesday, March 26, 2013

Allah menyayangi hamba-Nya

Assalamualaikum

Hari ini. Atas kuasa Allah. Dia sayangkan hamba-Nya yg sentiasa lalai ni. Lepas scroll tumblr. Terdetik di hati mencari sesuatu yang memang selama ni aku pernah usahakan. Bukak google n typed something. Taadaaa! Aku jumpa ape yang aku nak. Sebelum ni cubaan sentiasa gagal. Tak pernah jumpa. Subhanallah. Hari ni, bila berkumandang azan maghrib. Aku jumpa apa yang aku nak. Walaupun ade kesedihan, marah, rasa dipermainkan, aku tetap bersyukur sebab Allah tunjukkan sebelum aku terlalu lambat untuk sedar.

Aku dah ade jawapan kepada setiap persoalan yang pernah aku tanyakan. Aku dapat alasan kepada segala keraguan. Aku dapat alasan untuk tak letakkan harapan terlalu tinggi kepada manusia. Allah tunjukkan aku jalan. Allah sedarkan aku dari khayal. Ya Allah. Terima kasih. Aku sedih. Tak sangka dia tak jujur. Aku tahu dia ada alasan utuk tak berterus terang tapi aku cuma belom boleh terima. No wonder la aku rasa something wrong some where. Ikutkan perasaan memang nak biarkan air mata ni mengalir. Tapi aku tak pasti kalau aku nangis, aku boleh lupa tak benda ni.

Ya Allah. Dugaan ini untuk ku. Aku terima. Kuatkan aku. Jagalah dia. Jauhkan aku dari berlaku tak jujur pada sahabat2 ku. Ubati kesedihan ini. Berikan aku mereka yang membawa keceriaan kepada ku.

Kuatkan aku Ya Allah..
Permudahkan aku melupakan hal ini dan jadikan ini sebagai pengajaran supaya aku tak kecewa lagi.
Syukur Ya Allah. Terima kasih kerana memberi aku jawapan kepada setiap persoalan.

Ini Jawapannya

Assalamualaikum
Rasanya entry kali ni boleh buat orang menyampah sebab menyentuh pasal kisah percintaan aku (aku pon nak muntah). Pegi close tap kalau tak nak baca. Kalau nak baca sila baca sampai habis.
Sebenarnya naik penat bila orang bertanya itu ini.Dah nak clash nak buat cane lagi.ye dak.kehkeh.
Okeh kiranya entry ni untuk mereka yg selalu nak tahu tapi tak nak tanya or yg memang tanya tapi tak dapat jawapan yg memuaskan dr aku.(bajet femes). So harapnya jawapan kat sini memuaskan  hati kalian.

Q1- KENAPA CLASH?KAN DAH BERTAHUN COUPLE

A1- Sebab baru ku sedar couple tu haram..(jwpn islamik).heheh..ok.camni sebenarnya..cukuplah kalau aku gtwu yang ktrg clash sebab ade masalah yg memerlukan kami berpisah.. Aku sendiri takde alasan yg tepat sebab mungkin alasan dia dan aku berbeza. Ape alasan aku? Ermm.Alasan aku sebab aku dah banyak buat dosa.Sakitkan hati dia. Dan aku dah sedar aku buat silap. Kalau nak kata tak sehaluan, mmg dah lama ktrg kenal. Clash adalah jalan terbaik. Mungkin jugak dia cadangkan macam tu sebab dia sangka mmg itu yg aku nak.Mungkin~ Semuanya mungkin sebab aku takde six sense yg boleh baca fikiran orang. Dan aku yakin itu yang terbaik buat kami. Aku tak tahu nak cakap camne. Dia ade rasa sakit sendiri. Aku pon ade rasa sakit sendiri.


Q2- SAPE YG MINTAK

A2- Incase dia jumpa blog aku, aku mintak maap siap2 kat dia.takut cerita aku berbeza dgn cerita dia.aku cuba bagi situasi la.So u decide aku ke dia yg nak.

A: ape yg patut kita buat?ade cadangan tak?
B: sy cadangkan kita putus.awak rasa?
A: kalau itu yg terbaik, sy terima

dialog ni bukan dialog sebenar tapi lebih kurang la.aku tak ingat n tak simpan pon.dah lama kejadian ni.tak mampu nak recall bnyk.In fact aku tak ingat bila ktg clash tapi rasenye dah nak setahun or dah setahun (A-aku. B-dia)

Q3- SAYANG DIA LG TAK?RINDU DIA TAK?APE BUAT KALAU RINDU DIA?

A3- Aku pernah sayang dia.Sekarang pon rasanya sayang lagi. Tipu la kalau kata aku dah lupa dia 100%. Lama beb kitorang kenal. N menipu jugak kalau aku tak penah rasa rindu ke dia. Sometimes I feel like everything remind me of him. Amazingly, aku rasa makin lama makin rindu pada memories kitorang. Bila rindu dia, aku stalk dia, tgk kalau ade tak tanda2 dia rindu aku tak.Padahal kalau dia stalk aku, dia bukan boleh tahu aku rindu die.heheh.ecewahh.takde la. Kalau rindu aku buat bodoh jela. Nak buat cane lagi. Semua benda pasal dia aku dah simpan bagi mata tak nampak. Masa minggu yg awal2 tu kalau rindu aku ngadu kat member2 aku (jan, cikju, din) sebab dorang tahu cerita aku ngn dia dari sekolah lagi. Menangis jugak la. Rabak weh hati. Bertahun aku bertahan tiba2 berakhir mcm tu jek. Sekarang kalau rindu aku menangis depan Allah. Walau rindu dengan sape2 lah. Aku carik Allah. Allah yg pegang hati aku. Perasaan mengadu pada Allah ni lain. Aku dah banyak buat silap. Kadang2 aku rasa aku yang buat org jadi jahat.
Memang dah jarang la aku menangis diluar lingkungan sepatutnya menangis.

Q4- KALAU DIA DATANG LAGI, KAU TERIMA LG TAK?

A4- Soalan ni payah sebenarnya. Aku berani cakap sekarang aku tak tunggu dia mcm masa aku tunggu dia sebelum ni. Aku takde letak harapan pada dia. walaupun dia dah jadi kurus, tinggi sekali pon..kekeke (gelak jahat). Aku nak dia lupakan aku. Dan aku cuba bantu dia dengan menunjukkan yg aku bahagia sekarang ni.
Bak kata dia, "luka merubah seseorang"

Q5- SERIK TAK?

A5- Tak pon..haha.cuma aku berhati hati la.N aku sesuka hati jugak reject orang. Zalim giler. Aku cuba bersikap adil pada semua laki. Tak kan sebab aku penah rasa sakit bercinta, aku tak nak bercinta lagi. Dah tu aku nak kawin ngan sape?? Dan aku sedar semua lelaki sama dari segi kebaikan dorang. Mulut dorang serius semua manis. Kalau tak disebabkan aku amik engineering yg mmg majoriti lelaki, aku mungkin sangka kemanisan mulut dorang tu sbg flirting. Tapi masalah timbul bila aku tak dapat bezakan kemanisan mulut sebenar dgn kemanisan member2 sampai aku rasa aku melayan kemanisan orang n memainkan perasaan orang.

Q6- DAH ADE ORANG LAIN?

A6- Dah.ok bye =P

Tu jela kot yg kau nak tahu kan. Kalau ade persoalan yg timbul, boleh la tanya. Dan kalau dia terbaca entry ni, aku mintak maaf kalau ade yg tersilap kat mana2.

Sekian.



Tuesday, March 19, 2013

Sahabat


Assalamualaikum
As promised, hari ni ade kesempatan berkongsi pasal shabat sejati. Malas nak taip panjang2. Yang kat bawah ni adalah 12 sifat sejati menurut Imam Al Ghazali. Ni kopi-pes dari fesbuk.




12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Dan yg ni dari perspek diri ini.
Source: Tumblr











Sahabat, aku juga manusia biasa. Maafkan sgla kekhilafan.Jaga diri. =)

Monday, March 18, 2013

Jagalah Hati

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Lately selalu sangat rasa rindu nak berteman.gatal betul hati ni.Btw sebenarnya aku lagi takut org lain jatuh hati ke aku drpd aku yg jatuh hati ke orang.(macam hotsetuf jek).

cenggini ceritanya. hati orang mana kita boleh kawal.ye dak? hati sendiri, kita tahu ke mana die nak jatuh. ape nak buat kalau kita dah tahu hati ni jatuh ke tempat yg salah? nak biar je die jatuh? ke nak sambut sendiri? baik kita angkat sendiri drpd biar dia jatuh ke tempat yg salah. konfem tu jatuh yg tak bersambut. Tak kesian kemende kat hati kita sendiri?? Kan tu hati kita, mestilah kita dah dapat baca. Kalau dah tahu die nak jatuh ke tempat yg salah, cepat cepat betulkan. Bawak die ke tempat yg betul. Ke yg Maha Esa. Jauhkan diri dgn tempat yg salah tu. Cipta jurang sikit. Yela. Kita mungkin akan tertarik dgn orang sebab die kacak, kaya, baik, sweet talker. Yg rajin stalk engkorang punya crush tu, tak kan tak pernah perasan kalau orang tu baik dengan semua orang ke tak, ke dengan engko je. Dah alang alang stalk, baik siasat sekali, takde la nak bajet die sweet ke engko je. Orang yg baik ni mmg jenis layan semorang. Sebab die nak bagitahu yang die tak nak orang salah faham dengan kebaikan die. Tak payah contact selalu. Layan mcm member biasa je la. Kita tak contact member biasa kita selalu kan. Macam aku.HaHaHa (kes lain jantina). Even best friend pon aku contact tak kerap sangat. Tapi tak bermakna kita tak contact, kita tak ambil peduli. sekarang internet hujung jari. Boleh je perati dari jauh.

Bersyukur jugak sebenarnya ade hati yg  macam kuat ni. Makin lama, aku nampak Allah nak tunjuk sesuatu. Aku sangat bersyukur Ya Allah. Allah aturkan segala untuk aku. Kalau aku mampu cerita semua yg aku rasa, semua yg Allah hantar, semua yg Allah tunjuk, semua yg Allah bagi, pasti aku ceritakan. Tapi perasaan ni susah nak diceritakan. Allah hantarkan seseorang. Walau hanya dalam alam maya dan aku langsung tak kenal dia.dia cuma kenalkan diri dia dgn 'insan biasa'. dia mampu bagi aku semangat. Semoga dia sentiasa dalam redha Ilahi.

Untuk kawan kawan, sahabat. Jagalah hati kita.







Sekian. Wassalam..

Saturday, March 16, 2013

Ubati rindu ini

Assalamualaikum

Simple and meaningful.I miss them badly. but yet I don't want my friends here feel unimportant.. I do love you guys oso but the feel is different. I don't know how to explain.
They are irreplaceable.. I miss the moment when we all together. I miss the moment when I have a 'gang'. We are never feel alone. I miss my school memories. I want best friend sob sob sob (sound desperate but who cares). Maybe I just cant easily trust people because I am scared. I need them now. Every time. By my side. I really wish you are here. To lend your ears.Listening to my tales. I miss you all badly.. 


Thursday, March 14, 2013

Penghargaan

Assalamualaikum

ambik mood kejap sementara keringkan keringat dr bersukan. Perasaan sedih ni susah betul nak handle. nak tak nak kena buang jugak la. Pretending like we dont care is very tough. But as long as dia bahagia, aku bahagia. When we dont aspect too much, we wont feel very disspointed. we are ready for it.

ok.macam dah lari topik."TERIMA KASIH"
berapa ramai yg rajin cakap terima kasih untuk susah senang yg dia dapat?
ingat tak kalau dengan anak2 kecik yg comel, kita akan cakap "cakap ape?" bila dorang dapat sesuatu..

sekarang, dah besar tak kan nak selalu diingatkan lg. nak dijadikan kisah. pada~suatu hari. ade hamba Allah tercicir duit kt kedai. Then a couple yg duduk kt kedai tu tegur hamba Allah tu.

Couple: "dik, duit terjatuh"
Si polan: ambil duit lalu berlalu pergi sambil meneruskan dgn gajet dia

Aku perati je kejadian tu dgn mata yg tajam. Secara kebetulan, tak disangka aku terpandang couple tu. Dengan anugerah mata yg tajam, aku dapat melihat gerak mulut wanita tu.

Wanita: tak cakap terima kasih pon (sambil perati si polan td)

Dan aku dengan rasa rendah diri(tak tipu) melemparkan senyuman dan mengangguk tanda hormat kepadanya berharap agar ucapan terima kasih aku bg pihak si polan td diterima.

Next is hargai kawan kawan anda.
Yes. Kawan kawan yg tak sekepala.tak sejiwa susah nak carik. Aku akui =(
macam mana kita nak describe kawan baik? InsyaAllah next entry kita buat.
Hargailah kawan2 yg selalu buat baik pada kita.
Mmg diakui, kita buat baik bukan untuk mengahrapkan balasan. tapi cuba fikir. kalau awak selalu buat baik kat semua orang dengan niat ikhlas, tapi bila awak susah, tak sape buat peduli. kita buat baik bukan nak mintak balasan tapi cuba tunjukkan penghargaan. hargai dia. contohnya kita selalu basuh toilet. kasik wangi tapi setiap hari mesti ade orang  berak terabur. tahi bersepah. tak ke nak mengamuk je rasa.
(geli rasa bagi contoh tahi)

Maafkan aku wahai sahabat kalau kau rasa aku tak menghargai kau. tapi jujur. you are one of my fav friends. if not why i always try to find you (kalau perasan lah)

ok.bye.sekian



Tuesday, March 12, 2013

Bukit Bendera

assalamualaikum
salam sejahtera
lepas kurang lebih tiga tahun kt penang ni, puas jugak la aku menelaah pelusuk negeri tapi frankly speaking, tak pernah ingat jalan.
Bukit Bendera, Penang. ni kira tempat wajib pergi kalau datang Penang. Nak pegi sana kena pandai guna GPS n pandai baca sign board sebab kalau silap, sign board tu boleh bawak kita masuk ke taman perumahan. pusing2 dalam tu je sampai jumpa jalan keluar. ape yang menarik kat sana?

1- Kereta Kabel
2- Pemandangan Cantik
3-Kenangan
4- Sendiri tengok la

nak masuk tu ikut student price RM4, harga biasa kalau tak silap RM8 (untuk warga negara). pastikan bawak i/c n kad pelajar. nak naik atas tu boleh naik kereta kabel, hiking, kenderaan bermotor (tapi tak twu jalan ikut mana). so baik naik kereta kabel je kan. bukan selalu naik pon..seronok wooooo~ ~

ok now lets the pitca tell u the story



ENTRANCE



awww.comelnye itteeww(gedik)


 RAIL WAY.kalau turun dduk la depan.br sonok angat

KERETA KABEL (google source)


nampak tak semangat aku dalam KERETA KABEL

 along the way to ade banyak pemandangan cantik, tempat menarik kalau dihati

MENUJU KE MONKEY CUP (google source)
mase tu gigih gila aku menapak nak pegi tengok.dah la jauh, bila sampai, rupenye kne bayar.so patah balik sebab takde duit yg mencukupi.











SURAU

 TOILET YG CANTIK

Terima kasih kpd mereka yg terlibat yg selalu rajin bawak aku berjalan melihat dunia.jgn kecik hati tak letak gambar kt sini.mungkin satu hari nnti boleh letak.ecewahhh..kekekeke


Sunday, March 10, 2013

sudah la bersedih tu ain

dear friend

hey.sudah sudah la tu menagis.tak payah nak melayan sangat perasaan. aku bukan jenis kawan yg datang bertanya khabar.bertanya kenapa.bertanya ok tak. kalau nak cerita, cerita.kalau tak nak takpe, aku tak paksa. aku tahu, dikala kita sedih,marah, kecewa, akal tak mampu nak buat keputusan yg rasional.akal tak mampu nak berfikir dengan sewarasnya. sebab tu aku selalu biar je kau nangis. biaq pi la.tak nak makan ke.tak nak mandi ke. buat la sesuka hati. tapi yang peliknya, kenapa jd stupid? kenapa hukum diri? bukan tu cara nya nak lupakan atau nak hilangkan tekanan.semua orang ada masalah kan.mcm mana kita handle masalah tu? betul ke cara kita handle masalah tu? cuba fikir. konfem ke lepas kita buat gila sewel hukum diri sendiri, kita boleh lupa masalah yg sedia ada? boleh ke kita hilangkan stress? kalau bole, go on with your ways. tapi cuba fikir. berapa kali dah kau buat macam ni? berapa kali gastrik sebab tak makan? berapa kali jadi pemalas? berapa kali menangis sampai bengkak mata? dalam berapa kali kau buat gila, lepas tu kau ok ke? mcm tak..

aku tahu. dalam banyak kali kau serabut teghok, aku takde bg kau hugs, shoulders or even i dont even give you direct advice. rasa mcm kawan tak guna jugak sebenarnya.kehkehkeh. aku nak kau tak mudah jatuh cinta dgn org. cuba jadi serik. bagi hati tu rehat. hati kita ni Allah yg pegang. dah berapa kali hati tu kau biar je sesuka hati suka kt orang. mmg la perasaan tak boleh dijangka. hati kita.kita kawal la. kalau dah awal2 tahu, knp tak cuba elak? dah cuba elaktapi tak berjaya? cuba lagi. cuba lagi. cuba lagi.

sudah la tu meratapi.ape pon kisah kau,aku tak tahu.kau je yg tahu kisah sebenar. mata aku yg menilai ni konfem belum tentu betul. pura pura je gembira.susah mmg susah. ini dugaan. selalu mintak pd Allah. percaya pd aku, kalau kita mengadu, respon Allah paling mujarab drpd respon manusia. kdg2 kita tak puas hati dgn respon kawan2 kalau kita mengadu sebab orang lain tak tahu apa yang kita rasa..mengadu pada Allah.

pheewww.pnajang lebar tulisan. ingat.jadi kuat. jgn nak mengada. kalau nak nangis, sikit2 je dah la. kalau nak tido, jgn sampai hibernate. kesihatan jaga.

adios amigos~

Saturday, March 9, 2013

Langkawi

ehem ehem
assalamualaikum pembuka bicara
berehat sebentar.ecewahh
utk petang ni terasa mcm nak pegi langkawi.lagi
3hari pergi mmg mcm tak cukup
langkawi pulau yg sangat cantik
orangnya pon baik.eh heheh

last time i went to langkawi with haen
bergerak dr kampus after solat jumaat.mujur pidot nak tumpangkan sampai jeti dan dia lah yg bawak kami cari tempat berteduh kat pantai chenang.ayah die baik sngt sbb bnyk tolong kami =)
kat situ mmg bnyk motel.hotel dan yg seangkatan dgnnya.cuma kena yakin dan pandai carik la

orang mmg kenal langkawi dengan zon bebas cukainya dan cokelat yg banyakkkkk.sonok angat~
Mari kita tengok tmpt wajib pegi bila ke langkawi.wee~wee~

FIRDAUS AKA PIDOT


TIKET FERI


SALAH SATU TMPT TIDO..SELESA WOKK



PANTAI CHENANG =)




TEPI JALAN.CHANTEKK


ORIENTAL VILLAGE



KERETA CABELLL












KOTA MAHSURI 



TELAGA TUJUH


DATARAN LANG



PEMANDANGAN INDAH







UNDERWATER WORLD




ZONE DUTY FREE


SYURGA CEKELAT >.<




MINYAK GAMAT


MARI PULANG~~~